`ABIDZAHIDA

Thursday, June 22, 2006

050606

MANAJEMAN QALBU
(Slot bersama: Puan Azma Mahmud, Ahad, 04 Jun 2006)

Kuimpikan wisata rohani,
Ke Daurut Tauhid, Bandung,
Bagi membersihkan hati,
Sambil diriku melancong,
Membawa 1001 kekhilafan diri,
Selama hayat yang kukandung…

Aa Gym,
Dirimu kukagumi,
Katamu kujadikan inspirasi,
Sikapmu menggambarkan keperibadian tinggi,
Ajaranmu kembali kepada aqidah haqiqi,
Membuat gerakmu memiliki hati ini…

Konsepmu,
Fikirlah, Zikirlah, Ikhtiarlah,
Jangan melenting, janganlah marah,
Tepislah godaan dengan istiqomah,
Tirulah akhlak Rasulullah,
Yang penting, Carilah REDHO ALLAH…

Nasihat kandamu,
Usahlah banyak mengeluh,
Hanya membuat pendengarnya susah,
Biarlah…
Kerana Penciptamu tidak akan salah,
Dalam mengukir ujian pada abdullah…

Pesanmu,
Hidupkan peribadi,
Mulakan dari diri sendiri,
Uruskan, bersihkan dan perbaiki,
Bagi mencapai kemuliaan sejati,
Taatlah pada Rabbul Izzati…..



Al-faqeerah, al-haqeerah ilal ALLAH,
‘abidzahida J
MISI ‘06
050606
Jam0630